Friday 29 July 2011

Anda Pernah Bercinta??


Assalamualaikum, saudaraku…. Kalimah ringkas itu kulancarkan agar ia bisa mengetuk pintu hatimu.. Apa khabar dirimu? Imanmu bagaimana?

Kali ini, hanya satu sahaja perkara yang saya hendak jelaskan pada kalian.. namun, ini kataku.. ‘pastikan kamu membacanya sehingga noktah terakhir’..
Langkah untuk membacanya..
1. Bersihkan niat.. (paling penting)

Cinta..Jika tajuk ini diketengahkan, maka ia akan menarik perhatian banyak pihak.. benar bukan?
Kamu pernah bercinta?.. Jika soalan ini ditanya pada saya.. maka jawapannya adalah ya.. Malah saya sedang dilamun cinta.. Cinta itu dibalas.. cinta itu membahagiakan.. cinta itu tidak pernah menyakiti..
Kamu kaget dengan apa yang saya katakan? Maka saya hanya boleh tersenyum.. Saya cemburu sekali apabila melihat ada orang yang ber’dating’ bersamanya..

Kamu tahu cinta apa yang saya rindu? Cinta sejati.. Cinta yang tidak pernah melukai.. cinta yang didamba oleh semua insan yang bergelar Hamba.. Maaf ya andai anda tersalah faham sebentar tadi..
Hamka ada berkata, “Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan Allah semata-mata.. Yang tidak suci dan buta adalah orang yang salah menggunakan cinta.” Itu kata beliau..

Saya gemar menzahirkan apa yang selalu kita terlepas pandang.. Kamu tahu atau tidak? Allah itu sangat mencintai kita! Adakah kita membalas cintaNya? Buktinya cinta Allah ada pada diri kita.. Lihat jasmani kita sekarang… Sihat, Alhamdulillah.. Lengkapkan anggota kita, Alhamdulillah.. Periksa rohani kita.. Iman? Amal?  Jika sihat Alhamdulillah.. jika kurang sihat, maka berusahalah kita membaikinya.. Lalu, fikirkan mengapa Allah utuskan Rasulullah SAW? Semata-mata untuk membimbing kita..semata-mata untuk masuk ke syurgaNya.. semata-mata untuk beribadah kepadaNya..Lupakah kita tujuan asal Allah mencipta kita? Allah ciptakan kita hanya untuk beribadah kepadaNya.. Allah jadikan kita sebaik-baik ciptaan.. Tidak cukupkah semua itu untuk membuktikan cinta Allah?

Jika kita ingin menafikan cinta Allah pada kita, memang boleh tetapi yang ruginya kita.. Allah tak rugi apa-apa pun.. Tatkala kita menjauhiNya, masih ramai lagi yang cuba untuk menggapai cintaNya.. Jom cabar diri kita, tuliskan bukti cinta Allah pada kita satu-persatu di atas sehelai kertas kosong... Cuba tulis, sudah tentu anda akan putus asa akhirnya kerana terlampau banyak bukti cintaNya pada kita.. Kesenangan, kekayaan, kesihatan dan sebagainya.. Masya Allah, baiknya Allah.. tatkala kita melakukan kesalahan, DIA masih membuka pintu taubatNya,menerima taubat kita.. Tak cukupkah?

Pernah kamu bercinta denganNya? Saya hendak bawakan satu cerita buat tatapan kamu..
Suatuhari, ketika sedang ditugaskan untuk mencari seseorang, saya berjalan ke sana ke mari.. buka pintu itu, buka pintu ini, tapi langsung tidak berjumpa.. Tapi, apabila saya terbuka sebuah pintu.. pintu tempat yang dirindui oleh rohani kita, saya terpana.. Kamu tahu apa yang saya lihat?.. Saya lihat seorang hamba yang menangis kehambaan, sayu sekali.. mengadu padaNya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.. Langsung tidak menoleh tatakala mendengar apa jua jenis bunyi.. Baru saya menyedari bahawa dia sedang melalui saat-saat manis bersama kekasihnya.. Lekas-lekas saya tutup pintu dengan niat tidak mahu mengganggunya.. Lalu saya toleh kepada rakan di sebelah.. Masing-masing saling terdiam.. Rupanya dia memikirkan perkara yang sama yang berlegar dalam minda saya..Kamu tahu apa?
Dia kata pada saya..'Seronoknya tengok orang tadi tu.. Bilalah ana nak jadi macam dia?'..Saya senyum padanya...

 Adakah anda terfikir apa yang kami fikirkan..
Indah sekali bukan! saat-saat ber'dating' bersamaNya.. Tiada siapa yang menghalang.. Tiada siapa yang mengganggu..
Hanya kita dan DIA.. Allahuakhbar! Sekarang kembali bermuhasabah..
Adakah kita pernah menangis apabila kia rindu padaNya??
Adakah kita pernah menangis hanya kerana berbuat dosa kecil??
Adakah kita menangis hanya kerana gagal untuk mencegah kemungkaran??
Adakah kita pernah menangis mengadu padaNya??
ATAU...
adakah kita menangis kerana merindui si dia?
adakah kita menangis hanya kerana berbuat kesalahan kecil?
Pilihan terpulang pada kita..
Jadi, apa yang kita tunggu lagi?.. Cepat! peluang masih terbuka! Rebut cinta Allah!
Percayalah! Kita mesti bahagia..
~Semarak cinta Allah~

'Kita hanya akan memilih yang mahal kerana Allah akan membeli cinta kita.. Allah akan membeli dengan harga yang terlalu mahal untuk kita menolaknya.. Cinta yang hakiki.. Tidak sesekali cinta murah duniawi..Serikan hidup kita dengan cinta yang mahal.. Jangan terjebak dengan cinta yang murah.. Jangan jual cinta anda dengan harga yang sangat murah!' Khas saya petik dari buku motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya-Hilal Asyraf



Mohonlah cahaya petunjuk daripadaNya.. Sesungguhnya hanya Dia sahaja yang boleh menerangkan kehidupan kita dengan cahayaNya.. Sama-sama kita berubah..

Tuesday 19 July 2011

Allah sayang sangat dengan kita! Kita sayang Allah tak?

Assalamualaikum wahai sahabat.. Kutembakkan doa ringkas itu buat kalian..
Seperti selalulah ya!Tepuk dada, tanya kondisi iman kita.. apa khabar hari ini? Semakin kuat atau lemah? Oleh itu,,jom sama-sama kita kongsi ilmu untuk meningkatkan keimanan dalam diri..

Biasalah kita sebagai manusia, suka untuk melakukan apa yang dilarang.. betul atau tidak?? Ana dah pernah ketengahkan pada antunna dan antum tentang aurat wanita.. bukan? Jadi hari ini kita singkap pula apa Allah kata tentang batas pergaulan lelaki dan perempuan.. 
Mulakan bacaan kita dengan basmalah dan betulkan niat kita..

 1. Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya;
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nur: 30)
 Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yg beriman, ALLAH berfirman; “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)

2. Menutup Aurat:
 ALLAH berfirman, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (An-Nur: 31)
Juga FirmanNya; “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nur: 59)

3. Adanya pembatasan antara lelaki dengan wanita:
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al--Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis:
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (As-Sohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Al-Isra: 32)

Lihat! betapa sayangnya Allah pada kita.. Dia telah menurunkan wahyuNya pada Nabi Muhammad agar sampai kepada kita.. Seboleh-boleh Allah muatkan dalam Al-Quran tentang kehidupan kita.. Maka untungkah kita jika berusaha untuk menjauhi kebenaran?

Seperkara  lagi.. Acapkali terjadi apabila kita menegur orang dan kita selitkan firman Allah (Surah Al-Isra:32)..akan ada yang menjawab.. 'Alah, kami bukan buat apa-apa pun, cuma duduk2 dan borak2 kosong je..'.. Kerana itulah Allah menurunkan ayat ini:' Janganlah kamu mendekati zina'.. Kenapa Allah tidak letak melakukan? tapi Allah letak mendekati? Kerana terlampau banyak perkara yang boleh menyumbang ke arah penzinaan.. Antunna dan antum pernah dengar ayat ini? 'Dari mata turun ke hati'.. dari sinilah ia bermula.. Apabila cantik serta indah di pandangan maka ia akan turun ke hati dan membuahkan racun didalamnya.. Dek kerana itulah,wahai wanita! Allah suruh kita tutup aurat.. Allah suruh kita tundukkan pandangan..Allah suruh kita jaga batas.. Allah buat semua ini tujuannya hanya satu, Allah nak tunjukkan kasih sayangNya pada kita! Kita balas tak kasih sayang Allah? Kita buat tak apa yang Allah suruh? Kita tingal tak apa yang Allah larang? Maka sekali lagi, imbas kembali apa yang pernah kita lakukan.. top-up kembali kesalahan kita yang dulu dengan kredit baru.. 
Jadi, setakat ini sahajalah apa yang mampu ana nukilkan buat tatapan antunna..
Sama-sama kita kita sayang Allah.. InsyaAllah!!

INDAHNYA ALQURAN JIKA DIKAJI DAN DITELITI..
SYUMULNYA ISLAM SEHINGGA JAM BIOLOGI KITA TURUT DIMUATKAN DI DALAMNYA..
KAU AMANAHKU, SAHABAT!! 










Saturday 16 July 2011

didedikasikan khas buatmu, wanita...

Assalamualaikum w.b.t.. Kulancarkan doa ringkas itu buat kamu..

‘Ia membawa maksud salam sejahtera ke atas kamu’

Seperti yang kita tahu, wanita itu zahirnya cantik, indah, menarik, lawa, ayu, anggun dan menawan.. Kalau anda tertanya-tanya banyaknya saya puji tentang wanita, ini jawapan saya..Saya teringat kata-kata Imam Muda Asyraf yang pernah datang ke sekolah saya..’Kalau kamu nak nasihat orang, puji tujuh kali dulu..’ Jadi, saya puji dahulu.. Kemudian, saya kongsikan apa yang bermain-main di benak hati saya..
Kali ini saya ingin sentuh satu saja hal yang berkaitan dengan kitaran hidup kita terutamanya tentang penampilan wanita yang sangat perlu dipelihara..  Di sini saya sertakan hadis dan ayat Al-Quran demi memantapkan lagi keyakinan anda terhadap hujah-hujah saya sebentar lagi..

Bulu Kening
Menurut Bukhari bahawa :
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur : 31)
Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (An-Nur : ayat 31)

Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



Mata
 "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." (An Nur : 31)
Sabda Nabi saw :
" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)


Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)
Sabda Rasullullah saw :
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah)


Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : ayat 31)
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)


Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud,An Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Al Ahzab :ayat 59)

Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

MasyaAllah..sungguh banyak keterangan yang boleh dirujuk dalam  Al-Quran dan hadis sehingga tiada ruang untuk saya mencelah memberi pendapat.. Lihatlah kaum hawa! Betapa prihatinnya Allah pada kita! Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga Allah dah spesifikasikan pada kita tentang apa yang boleh kita zahirkan dan apa yang perlu kita sembunyikan.. Kerana itu Rasulullah SAW ada bersabda : ‘Aku tinggalkan bersama kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang padanya maka kamu tidak akan sesat. Dan dua perkara itu adalah Al-Quran dan hadis..’

Pertanyaan ini sering saya ajukan kepada anda dan tak lupa juga buat diri saya.. ‘nak masuk syurga atau neraka?’ Maka hati saya akan berkata-kata : ‘Adakah orang yang hendak masuk neraka?’Jika saya sentuh berkaitan aurat wanita, semestinya akan terbit persepsi ini di minda kita : ‘Tak semestinya orang yang bertudung tu boleh masuk syurga..’ Lalu saya ajukan ayat ini buat renungan kita bersama ‘Buat apa fikir pasal orang, diri sendiri pun tak betul lagi..’ Bukan saya nak nafikan bahawa setiap muslim merupakan saudara kepada muslim yang lain.. Tidak! tetapi sebelum nak mengkritik orang lain, jadilah kritis terhadap diri sendiri dahulu.. Tidakkah anda terfikir, untuk apa nak tunjukkan perhiasan kita pada orang lain terutamanya pada kaum bukan sejenis? Kadang-kadang kita tak menyedari hal tersebut kita lakukan, maka mintalah nasihat daripada orang sekeliling kita terutamanya ibu kita.. maka sekarang apa yang kita tunggu lagi. Check,check,check! Check gambar-gambar yang kita kongsikan dengan semua orang seperti di facebook dan sebagainya.. Pastikan semuanya bersih! Itu sahaja buat tatapan anda kali ini.. Moga-moga apa yang saya kongskan kali ini diambil iktibar dan diterjemahkan dalam kehidupan kita..


Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.. Maka untungkah kita sekiranya hidup ini sunyi daripada redha dan berkat daripada Allah? Fikir-fikirkanlah..
Semoga kita boleh membooking tempat di syurga kelak.. Amin.. InsyaAllah..

Friday 8 July 2011

Pengisian Ramadhan..


Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi kalam suci itu kututurkan agar ia bisa menggapai hatimu..
Seperti biasalah, ya saudaraku.. Apa khabar iman dan takwamu? Semakin bertambah atau lemah? 
Mungkin ada yang sudah tersenyum simpul membaca tajuk yang saya highlightkan kali ini.. Sudah tentu tentang kedatangan ramadhan..Bersediakah kita menghadapinya? Terukir senyuman di bibir saya apabila terkenang saat pertama saya berpuasa, 5 tahun.. Rupanya, semakin besar semakin liat berpuasa..  Betul kan? Ketika kecil saya, yang tidak mengenal hikmah berpuasa akan gembira menanti bulan ramdhan kerana syawal sedang menunggu.. (Hemm, fikiran budak, biasalah tu..) Tapi kini, baru saya mengerti mengapa hamba-hamba Allah seperti kita tertunggu-tunggu ketibaan ramadhan.. Ada yang special rupanya..  Baiklah, saya mulakan dengan menyertakan..


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183) (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)


Hemm..Rasanya macam sudah tiada ruang untuk mencelah.. Sudah terang lagi bersuluh, Allah sudah sediakan semuanya dalam Al-Quran.. Jadi saya kemukakan pula dalam erti ramadhan dalam novel kegemaran saya : Sinergi.. Baca ya! (>0<)..


'Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehat yang menyediakan kita peluang untuk mengambil bekalan rohani. Paling penting, sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan.. Kewujudan ramadhan adalah pengisytiharan kepada kepentingan takwa.. Takwa diangkat sedemikian penting kerana dengan kewujudan takwalah membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah swt.. Takwa itu adalah kunci ketaatan kepada Allah.. Takwa itu adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa jua larangan Allah.. Ia diibaratkan seperti perbuatan menyingsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri.. Dengan adanya takwa barulah manusia dapat menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya..'


Begitulah al-kisahnya.. Jadi apa yang dapat saya coretkan kali ini bukan ilham dari saya.. Saya sekadar berkongsi dengan anda. Ini baru buah fikiran saya:
Bulan ramadhan itu dimeriahkan lagi dengan solat tarawih pada malam hari, dan kesungguhan untuk mencari malam lailatul-qadar iaitu sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan.. Kita diberi peluang oleh Allah untuk beribadah tanpa gangguan syaitan akibat dirantai tetapi masih ditemani nafsu yang sukar dikawal..
Semoga keimanan yang akhirnya mencambahkan ketakwaan akan tumbuh di dalam hati kita.. Sama-sama kita mengubah diri ke arah yang lebih baik.. Jom jadikan ramadhan tahun ini lebih bererti kerana ramadhan tahun hadapan belum tentu lagi sama ada kita sempat melaluinya atau tidak.. 
Baiklah, setakat ini dahulu ya! Mata sudah berat, mental dan fizikal mahu rehat.. 
'Bulan ramadhan perlu dinikmati bukannya mengeluh menanti syawal..'





Thursday 7 July 2011

Pemimpin!! Allahuakhbar!!

Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi awwalul kalam itu kulancarkan agar ia bisa menarik perhatianmu..
Seperti biasalah, ya saudaraku.. Apa khabar iman dan takwamu? Semakin bertambah atau lemah?
Namun, ketahuilah saudaraku yang bisa mengukur keimananmu itu hanyalah Allah yang Maha Berkuasa..
Kita ini hanyalah hambaNya yang sangat kerdil dan sangat lemah..
Tentunya kalian tertanya-tanya mengapa saya melakarkan tajuk sedemikian rupa?
Jeng..jeng..jeng... Jawapannya..

Saya pernah terbaca satu hadis berkaitan dengan Rasulullah SAW.. Ia membuatkan saya tersenyum sumbing.. Rasulullah sendiri bergurau, bercanda.. jadi mengapa kita sebagai pemimpin serius sangat? Tidak dinafikan, kalau tak serius nanti orang pijak kepala, jadi serius pada tempatlah ya..

Satu hari, seorang perempuan tua menemui Nabi..
Perempuan tua itu bertanya : Ya Rasulullah, adakah tempat buat perempuan tua sepertiku di syurga kelak?
Rasulullah menjawab : Tidak ada tempat di syurga buat perempuan tua..
Menangis perempuan tua itu apabila mendengar ucapan Rasulullah.. Kemudian baginda tersenyum dan dengan lembutnya  memujuk : Ibu,sememangnya tiada tempat di syurga bagi perempuan tua kerana di syurga nanti, semuanya akan kekal remaja.. Kata-kata Rasulullah itu membenarkan perempuan tua itu mengukir semula senyuman indah di wajahnya..

Tersenyum saya membacanya, cantik sekali keperibadian Rasulullah. Sekilas teringat saya kepada sebuah  firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 1..

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat- sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu."

Saya terfikir sekiranya Rasulullah itu kasar orangnya, keras hatinya tentunya agama Islam tidak tersebar ke serata dunia dan sampai kepada kita sekarang.. MasyaAllah! sungguh cantik susunan Allah.. Rasulullah itu amanahnya menyampaikan sahaja, jika orang sekitarnya tidak mahu menerima mereka tidak dipaksa, namun terus tertawan apabila melihat indahnya akhlak Rasulullah iaitu Al-Quran.. 



 firman Allah (Al-Ghasyiyah 88: 21-22)


 ‎"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)."


Sungguh! Al-Quran itu memang mengiringi perjalanan hidup kita.. Apa sahaja pengetahuan sama ada ukhrawi atau duniawi tersurat di dalamnya.. Saya rasa macam dah lari tajuk je post saya kali ini.. Tapi tak mengapalah, asalkan ada input di dalamnya.. Sebenarnya saya ingin berkongsi ini dengan saudara-saudari sekalian.. Saya ingin tegaskan di sini bahawa setiap muslim itu bersaudara, maka kamu adalah tanggungjawabku dan aku adalah tanggungjawabmu... Ternyata susah ya nak bawa prinsip ini ketika dunia sedang pesat membangun! Ada sahaja yang menyindir dan menghina.. . Pandangan tajam juga diberikan jika kita mencuba menarik kebaikan ke dalam diri seseorang.. Saya fikir saya kuat, namun saya tersungkur juga akhirnya.. Mujur ada seorang sahabat yang menarik tangan saya agar saya terus berdiri.. Terima kasih, sahabatku..Semoga Allah merahmati kamu.. Begitu juga keluargaku..Tiada apa yang lebih bernilai daripada mereka..
Lalu saya lakarkan kata-kata ini buat tatapan semua tetapi ada sedikit yang saya petik daripada ilham akhi kita saudara Hilal Asyraf..

Kau Amanahku..
Kau tanya aku,
Kenapa aku tidak meninggalkanmu,
Walau kau melukai dan menyakiti aku,
Hanya ini jawapanku untukmu,
Sebab aku saudara kamu… Sebab kamu tanggungjawab dan amanahku..
Pastinya kubina hubungan ini kerana Allah, kerana itu aku mampu menuturkannya..
Aku berusaha membaiki hubungan kita, namun kau menjauhiku dan kau dekati insan yang kau sangka sahabat sejati..
Katakan pada aku, kehidupan apa yang lebih bererti selain bersama Yang Abadi..
Kerana itu aku cuba mendekatimu.. Walaupun hatimu susah untuk ku gapai, aku akan terus mencuba demi masa depanmu, duhai saudaraku yang kucintai…
Bukan niatku untuk memecahkan kamu..
Apakah perpecahan di matamu?
Adakah yang kembali kepada Tuhan itu perpecahan bagimu? 
katakan padaku, apakah kesatuan di sisimu?
Adakah yang bersekongkol dalam kejahatan bersamamu?
Hakikatnya kembali kepada kebenaran itu kesatuan, kerna akhirnya bersama kesyurga...
Bersekongkol dalam kejahatan itulah perpecahan, kerna di akhirat nanti akan bersengketa..
Ku sertakan kalam suci ini agar ia memantapkan keyakinanmu...
Surah At-Tahrim: 6
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu daripada azab neraka."
Surah Az-Zukhruf : 67
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."


Sampai di sini sahaja yang mampu saya coretkan.. Azan sudah berkumandang, memanggil menghadap Ilahi, jadi saya berhenti dulu.. Assalamualaikum ya saudara-saudariku.. Semoga kamu dapat menjadikan coretanku ini sebagai pengajaran dan diterjemahkan dalam kamus hidupmu..