Wednesday 6 July 2011

Detik kematian

Assalamualaikum, wahai saudaraku..
Apa khabar imanmu hari ini? Fizikalmu bagaimana? 
Moga sihat sentiasa ya!

Saya cuma ingin menyingkap kembali kehidupan kita.. Bangganya saya tatkala meneliti ayat ini.. Kejadian kita tercatat dalam Al-Quran!

Surah Al-Mukminun: ayat 14..
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku itu menjadi seketul daging ; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta..

Sudah terbukti bahawa Allah jadikan kita dengan sebaik-baik ciptaan.. Maka, tidak malukah kita apabila kita melanggar perintahNya? Tidak menunaikan apa yang disuruhNya? Apabila tiada kerja untuk dilakukan, saya kembali bermuhasabah diri.. Apa yang aku dah buat selama hidup 14 tahun? Berapa banyak dosa aku? Berat tak amalan aku? Tiba-tiba ummi beritahu bahawa anak jiran kami baru sahaja kembali ke rahmatullah.. MasyaAllah! tersirap darahku mendengarnya.. Innalillah hi wainna ilaihi rojiu'n..
"Daripada Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita kembali".. Tengok, bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa kita.. Tapi alhamdulillah, Dia masih membiarkan saya di sini..bersama kamu.. agar kita boleh bersama-sama meningkatkan keimanan.. Dia terlalu sayangkan orang sekeliling kita, maka Dia ambil mereka.. Namun, Dia masih memberi kita peluang untuk hidup dan mengambil iktibar atas pemergian orang sekeliling kita.. Saya sertakan sekali video ini buat tatapan saudara-saudari sekalian..Moga-moga anda akan mengambil iktibar daripada video ini.. 


Kehidupan ini tidak boleh diulang lagi setelah kita berada di alam barzakh.. Maka manfaatkanlah umur yang masih ada agar berat timbangan kita ketika dihisab kelak.. 
Ini sahaja nukilanku buatmu hari ini.. InsyaAllah, semoga Allah mencurahkan cahaya petunjuk di dalam hati kita agar kita termasuk dalam golongan orang muslim yang beriman dan bertakwa..
'Kita datang dari Allah, kepada Allah jualah kita kembali, jadi apakah hidup ini kita biarkan ia berlalu pergi tanpa wujudnya redha Allah?' 
Saya tinggalkan tanda tanya ini agar anda bisa menjawabnya..
'Tepuk dada tanya kesihatan iman kita'





No comments:

Post a Comment