Wednesday 6 July 2011

didekasikan teristimewa buat sahabatku..

Assalamualaikum, saudaraku.. Apa khabar imanmu hari ini? semakin bertambah? Harapnya begitulah agar sama-sama kita dapat menjejakkan kaki ke syurga..

Hati tidak akan mampu disentuh,
Tanpa taaruf dan pengenalan,
Maka wahai para penyeru,
Jangan kamu menyeru dengan sondolan,
Selami hati dan cari punca permasalahan,
Di situ baru muncul penyelesaian..
Sesungguhnya asas dakwah itu adalah taaruf dan berkasih sayang...

Indahnya ukhuwah jika mendapat sahabat sejati..
Sahabat sejati yang dapat membawa kita mendekati dan mengenali Allah.
bukan yang menjauhkan dan menghindarkan diri kita daripada Maha Pencipta.
sungguh, jika kamu bersahabat tanpa matlamat, pasti akan menyesal akhirnya.
Namun, sekiranya kamu bersahabat demi Allah, akan terasalah manisnya ukhuwah..Indahnya persahabatan..
Itulah hubungan yang terbina atas dasar keimanan!

Tidakkah kau melihat matahari?
Sinarnya tiada henti, hatta di kala malam, bulan mewakili..
Begitulah sahabat yang baik,
Sentiasa menyuluh cahaya kesedaran, walau berjauhan..
Tetap berusaha untuk dicapainya..

Sahabat ibarat matahari,
Kehangatannya menyenangkan jiwa,
Kehilangannya ibarat bumi kehilangan matahari,
Sungguh, tiada siapa berharapan demikian,
Bahkan lebih gembira dirinya hilang,
berbanding cahayanya lenyap meninggalkan..
Maafkan aku, sahabat andai aku khilaf dalam membimbingmu..
Maafkan sekiranya aku membiarkan kau terumbang-ambing dalam badai mengganas..
Maafkan aku, andai aku menyakitimu dan melukai dirimu..

Sahabat, jangan kau biarkan aku terlena dalam arus kelekaan..
Jangan kau biarkan aku terleka dalam meniti arus kehidupan..
Jadilah sahabat sejati yang mampu membawaku ke syurga..
Janganlah menjadi pengkhianat, yang hanya akan melempar sahabatmu ke neraka..
Jangan kau khuatir, sahabat...Aku juga akan menjadikan peringatan ini buat diriku..

Betapa indahnya jika kita memiliki :
hati yang tidak pernah membenci,
sebuah senyuman yang tak pernah pudar,
sebuah sentuhan yang tak pernah menyakiti,
sebuah persaudaraan yang tak pernah berhenti sebelum tibanya mati..
Terima kasih kerana menjadi sahabatku,duhai sahabat...

Buat semua sahabatku yang berada di bawah lembayung rahmah..
kuberikan untukmu satu madah..
'syurga itu cukup indah,
namun jalan menujunya bukan mudah,
maka panji utuh yang perlu hadir dalam dirimu itu adalah,
kesabaran yang jitu dan keimanan yang teguh..'

Setakat ini sahaja nukilanku buatmu, semoga ia berjaya mengambil tempat di hatimu.. Dan, aku akhiri kalamku dengan sebaris firman Allah SWT:

Surah At-Tahrim: 6
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu daripada azab neraka."
Surah Az-Zukhruf : 67
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."






No comments:

Post a Comment