Thursday 7 July 2011

Pemimpin!! Allahuakhbar!!

Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi awwalul kalam itu kulancarkan agar ia bisa menarik perhatianmu..
Seperti biasalah, ya saudaraku.. Apa khabar iman dan takwamu? Semakin bertambah atau lemah?
Namun, ketahuilah saudaraku yang bisa mengukur keimananmu itu hanyalah Allah yang Maha Berkuasa..
Kita ini hanyalah hambaNya yang sangat kerdil dan sangat lemah..
Tentunya kalian tertanya-tanya mengapa saya melakarkan tajuk sedemikian rupa?
Jeng..jeng..jeng... Jawapannya..

Saya pernah terbaca satu hadis berkaitan dengan Rasulullah SAW.. Ia membuatkan saya tersenyum sumbing.. Rasulullah sendiri bergurau, bercanda.. jadi mengapa kita sebagai pemimpin serius sangat? Tidak dinafikan, kalau tak serius nanti orang pijak kepala, jadi serius pada tempatlah ya..

Satu hari, seorang perempuan tua menemui Nabi..
Perempuan tua itu bertanya : Ya Rasulullah, adakah tempat buat perempuan tua sepertiku di syurga kelak?
Rasulullah menjawab : Tidak ada tempat di syurga buat perempuan tua..
Menangis perempuan tua itu apabila mendengar ucapan Rasulullah.. Kemudian baginda tersenyum dan dengan lembutnya  memujuk : Ibu,sememangnya tiada tempat di syurga bagi perempuan tua kerana di syurga nanti, semuanya akan kekal remaja.. Kata-kata Rasulullah itu membenarkan perempuan tua itu mengukir semula senyuman indah di wajahnya..

Tersenyum saya membacanya, cantik sekali keperibadian Rasulullah. Sekilas teringat saya kepada sebuah  firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 1..

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat- sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu."

Saya terfikir sekiranya Rasulullah itu kasar orangnya, keras hatinya tentunya agama Islam tidak tersebar ke serata dunia dan sampai kepada kita sekarang.. MasyaAllah! sungguh cantik susunan Allah.. Rasulullah itu amanahnya menyampaikan sahaja, jika orang sekitarnya tidak mahu menerima mereka tidak dipaksa, namun terus tertawan apabila melihat indahnya akhlak Rasulullah iaitu Al-Quran.. 



 firman Allah (Al-Ghasyiyah 88: 21-22)


 ‎"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)."


Sungguh! Al-Quran itu memang mengiringi perjalanan hidup kita.. Apa sahaja pengetahuan sama ada ukhrawi atau duniawi tersurat di dalamnya.. Saya rasa macam dah lari tajuk je post saya kali ini.. Tapi tak mengapalah, asalkan ada input di dalamnya.. Sebenarnya saya ingin berkongsi ini dengan saudara-saudari sekalian.. Saya ingin tegaskan di sini bahawa setiap muslim itu bersaudara, maka kamu adalah tanggungjawabku dan aku adalah tanggungjawabmu... Ternyata susah ya nak bawa prinsip ini ketika dunia sedang pesat membangun! Ada sahaja yang menyindir dan menghina.. . Pandangan tajam juga diberikan jika kita mencuba menarik kebaikan ke dalam diri seseorang.. Saya fikir saya kuat, namun saya tersungkur juga akhirnya.. Mujur ada seorang sahabat yang menarik tangan saya agar saya terus berdiri.. Terima kasih, sahabatku..Semoga Allah merahmati kamu.. Begitu juga keluargaku..Tiada apa yang lebih bernilai daripada mereka..
Lalu saya lakarkan kata-kata ini buat tatapan semua tetapi ada sedikit yang saya petik daripada ilham akhi kita saudara Hilal Asyraf..

Kau Amanahku..
Kau tanya aku,
Kenapa aku tidak meninggalkanmu,
Walau kau melukai dan menyakiti aku,
Hanya ini jawapanku untukmu,
Sebab aku saudara kamu… Sebab kamu tanggungjawab dan amanahku..
Pastinya kubina hubungan ini kerana Allah, kerana itu aku mampu menuturkannya..
Aku berusaha membaiki hubungan kita, namun kau menjauhiku dan kau dekati insan yang kau sangka sahabat sejati..
Katakan pada aku, kehidupan apa yang lebih bererti selain bersama Yang Abadi..
Kerana itu aku cuba mendekatimu.. Walaupun hatimu susah untuk ku gapai, aku akan terus mencuba demi masa depanmu, duhai saudaraku yang kucintai…
Bukan niatku untuk memecahkan kamu..
Apakah perpecahan di matamu?
Adakah yang kembali kepada Tuhan itu perpecahan bagimu? 
katakan padaku, apakah kesatuan di sisimu?
Adakah yang bersekongkol dalam kejahatan bersamamu?
Hakikatnya kembali kepada kebenaran itu kesatuan, kerna akhirnya bersama kesyurga...
Bersekongkol dalam kejahatan itulah perpecahan, kerna di akhirat nanti akan bersengketa..
Ku sertakan kalam suci ini agar ia memantapkan keyakinanmu...
Surah At-Tahrim: 6
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu daripada azab neraka."
Surah Az-Zukhruf : 67
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."


Sampai di sini sahaja yang mampu saya coretkan.. Azan sudah berkumandang, memanggil menghadap Ilahi, jadi saya berhenti dulu.. Assalamualaikum ya saudara-saudariku.. Semoga kamu dapat menjadikan coretanku ini sebagai pengajaran dan diterjemahkan dalam kamus hidupmu..



No comments:

Post a Comment