Saturday 16 July 2011

didedikasikan khas buatmu, wanita...

Assalamualaikum w.b.t.. Kulancarkan doa ringkas itu buat kamu..

‘Ia membawa maksud salam sejahtera ke atas kamu’

Seperti yang kita tahu, wanita itu zahirnya cantik, indah, menarik, lawa, ayu, anggun dan menawan.. Kalau anda tertanya-tanya banyaknya saya puji tentang wanita, ini jawapan saya..Saya teringat kata-kata Imam Muda Asyraf yang pernah datang ke sekolah saya..’Kalau kamu nak nasihat orang, puji tujuh kali dulu..’ Jadi, saya puji dahulu.. Kemudian, saya kongsikan apa yang bermain-main di benak hati saya..
Kali ini saya ingin sentuh satu saja hal yang berkaitan dengan kitaran hidup kita terutamanya tentang penampilan wanita yang sangat perlu dipelihara..  Di sini saya sertakan hadis dan ayat Al-Quran demi memantapkan lagi keyakinan anda terhadap hujah-hujah saya sebentar lagi..

Bulu Kening
Menurut Bukhari bahawa :
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur : 31)
Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (An-Nur : ayat 31)

Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



Mata
 "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." (An Nur : 31)
Sabda Nabi saw :
" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)


Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)
Sabda Rasullullah saw :
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah)


Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : ayat 31)
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)


Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud,An Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Al Ahzab :ayat 59)

Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

MasyaAllah..sungguh banyak keterangan yang boleh dirujuk dalam  Al-Quran dan hadis sehingga tiada ruang untuk saya mencelah memberi pendapat.. Lihatlah kaum hawa! Betapa prihatinnya Allah pada kita! Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga Allah dah spesifikasikan pada kita tentang apa yang boleh kita zahirkan dan apa yang perlu kita sembunyikan.. Kerana itu Rasulullah SAW ada bersabda : ‘Aku tinggalkan bersama kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang padanya maka kamu tidak akan sesat. Dan dua perkara itu adalah Al-Quran dan hadis..’

Pertanyaan ini sering saya ajukan kepada anda dan tak lupa juga buat diri saya.. ‘nak masuk syurga atau neraka?’ Maka hati saya akan berkata-kata : ‘Adakah orang yang hendak masuk neraka?’Jika saya sentuh berkaitan aurat wanita, semestinya akan terbit persepsi ini di minda kita : ‘Tak semestinya orang yang bertudung tu boleh masuk syurga..’ Lalu saya ajukan ayat ini buat renungan kita bersama ‘Buat apa fikir pasal orang, diri sendiri pun tak betul lagi..’ Bukan saya nak nafikan bahawa setiap muslim merupakan saudara kepada muslim yang lain.. Tidak! tetapi sebelum nak mengkritik orang lain, jadilah kritis terhadap diri sendiri dahulu.. Tidakkah anda terfikir, untuk apa nak tunjukkan perhiasan kita pada orang lain terutamanya pada kaum bukan sejenis? Kadang-kadang kita tak menyedari hal tersebut kita lakukan, maka mintalah nasihat daripada orang sekeliling kita terutamanya ibu kita.. maka sekarang apa yang kita tunggu lagi. Check,check,check! Check gambar-gambar yang kita kongsikan dengan semua orang seperti di facebook dan sebagainya.. Pastikan semuanya bersih! Itu sahaja buat tatapan anda kali ini.. Moga-moga apa yang saya kongskan kali ini diambil iktibar dan diterjemahkan dalam kehidupan kita..


Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.. Maka untungkah kita sekiranya hidup ini sunyi daripada redha dan berkat daripada Allah? Fikir-fikirkanlah..
Semoga kita boleh membooking tempat di syurga kelak.. Amin.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment