Friday, 29 July 2011

Anda Pernah Bercinta??


Assalamualaikum, saudaraku…. Kalimah ringkas itu kulancarkan agar ia bisa mengetuk pintu hatimu.. Apa khabar dirimu? Imanmu bagaimana?

Kali ini, hanya satu sahaja perkara yang saya hendak jelaskan pada kalian.. namun, ini kataku.. ‘pastikan kamu membacanya sehingga noktah terakhir’..
Langkah untuk membacanya..
1. Bersihkan niat.. (paling penting)

Cinta..Jika tajuk ini diketengahkan, maka ia akan menarik perhatian banyak pihak.. benar bukan?
Kamu pernah bercinta?.. Jika soalan ini ditanya pada saya.. maka jawapannya adalah ya.. Malah saya sedang dilamun cinta.. Cinta itu dibalas.. cinta itu membahagiakan.. cinta itu tidak pernah menyakiti..
Kamu kaget dengan apa yang saya katakan? Maka saya hanya boleh tersenyum.. Saya cemburu sekali apabila melihat ada orang yang ber’dating’ bersamanya..

Kamu tahu cinta apa yang saya rindu? Cinta sejati.. Cinta yang tidak pernah melukai.. cinta yang didamba oleh semua insan yang bergelar Hamba.. Maaf ya andai anda tersalah faham sebentar tadi..
Hamka ada berkata, “Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan Allah semata-mata.. Yang tidak suci dan buta adalah orang yang salah menggunakan cinta.” Itu kata beliau..

Saya gemar menzahirkan apa yang selalu kita terlepas pandang.. Kamu tahu atau tidak? Allah itu sangat mencintai kita! Adakah kita membalas cintaNya? Buktinya cinta Allah ada pada diri kita.. Lihat jasmani kita sekarang… Sihat, Alhamdulillah.. Lengkapkan anggota kita, Alhamdulillah.. Periksa rohani kita.. Iman? Amal?  Jika sihat Alhamdulillah.. jika kurang sihat, maka berusahalah kita membaikinya.. Lalu, fikirkan mengapa Allah utuskan Rasulullah SAW? Semata-mata untuk membimbing kita..semata-mata untuk masuk ke syurgaNya.. semata-mata untuk beribadah kepadaNya..Lupakah kita tujuan asal Allah mencipta kita? Allah ciptakan kita hanya untuk beribadah kepadaNya.. Allah jadikan kita sebaik-baik ciptaan.. Tidak cukupkah semua itu untuk membuktikan cinta Allah?

Jika kita ingin menafikan cinta Allah pada kita, memang boleh tetapi yang ruginya kita.. Allah tak rugi apa-apa pun.. Tatkala kita menjauhiNya, masih ramai lagi yang cuba untuk menggapai cintaNya.. Jom cabar diri kita, tuliskan bukti cinta Allah pada kita satu-persatu di atas sehelai kertas kosong... Cuba tulis, sudah tentu anda akan putus asa akhirnya kerana terlampau banyak bukti cintaNya pada kita.. Kesenangan, kekayaan, kesihatan dan sebagainya.. Masya Allah, baiknya Allah.. tatkala kita melakukan kesalahan, DIA masih membuka pintu taubatNya,menerima taubat kita.. Tak cukupkah?

Pernah kamu bercinta denganNya? Saya hendak bawakan satu cerita buat tatapan kamu..
Suatuhari, ketika sedang ditugaskan untuk mencari seseorang, saya berjalan ke sana ke mari.. buka pintu itu, buka pintu ini, tapi langsung tidak berjumpa.. Tapi, apabila saya terbuka sebuah pintu.. pintu tempat yang dirindui oleh rohani kita, saya terpana.. Kamu tahu apa yang saya lihat?.. Saya lihat seorang hamba yang menangis kehambaan, sayu sekali.. mengadu padaNya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.. Langsung tidak menoleh tatakala mendengar apa jua jenis bunyi.. Baru saya menyedari bahawa dia sedang melalui saat-saat manis bersama kekasihnya.. Lekas-lekas saya tutup pintu dengan niat tidak mahu mengganggunya.. Lalu saya toleh kepada rakan di sebelah.. Masing-masing saling terdiam.. Rupanya dia memikirkan perkara yang sama yang berlegar dalam minda saya..Kamu tahu apa?
Dia kata pada saya..'Seronoknya tengok orang tadi tu.. Bilalah ana nak jadi macam dia?'..Saya senyum padanya...

 Adakah anda terfikir apa yang kami fikirkan..
Indah sekali bukan! saat-saat ber'dating' bersamaNya.. Tiada siapa yang menghalang.. Tiada siapa yang mengganggu..
Hanya kita dan DIA.. Allahuakhbar! Sekarang kembali bermuhasabah..
Adakah kita pernah menangis apabila kia rindu padaNya??
Adakah kita pernah menangis hanya kerana berbuat dosa kecil??
Adakah kita menangis hanya kerana gagal untuk mencegah kemungkaran??
Adakah kita pernah menangis mengadu padaNya??
ATAU...
adakah kita menangis kerana merindui si dia?
adakah kita menangis hanya kerana berbuat kesalahan kecil?
Pilihan terpulang pada kita..
Jadi, apa yang kita tunggu lagi?.. Cepat! peluang masih terbuka! Rebut cinta Allah!
Percayalah! Kita mesti bahagia..
~Semarak cinta Allah~

'Kita hanya akan memilih yang mahal kerana Allah akan membeli cinta kita.. Allah akan membeli dengan harga yang terlalu mahal untuk kita menolaknya.. Cinta yang hakiki.. Tidak sesekali cinta murah duniawi..Serikan hidup kita dengan cinta yang mahal.. Jangan terjebak dengan cinta yang murah.. Jangan jual cinta anda dengan harga yang sangat murah!' Khas saya petik dari buku motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya-Hilal Asyraf



Mohonlah cahaya petunjuk daripadaNya.. Sesungguhnya hanya Dia sahaja yang boleh menerangkan kehidupan kita dengan cahayaNya.. Sama-sama kita berubah..

No comments:

Post a Comment