Wednesday 6 July 2011

Salam Perkenalan, wahai saudaraku...

Assalamualaikum wbt.. 
Kalimah suci itu kututurkan agar ia bisa memberi kehangatan kepada ukhuwah kita.. Agar ia sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya dan keberkatan daripada Allah yang Esa... Kubina hubungan ini di atas keimanan agar apa yang kita lakukan selari dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim yang mu'min..
Aku ingin menjadikan Rasulullah SAW sebagai tauladanku kerana akhlak baginda adalh Al-Quran.. Tetapi, ternyata ya, susah sekali untuk menjadi pemimpin di muka bumi ini.. Aku sangat kagum apabila meniliti kehidupan Rasulullah..Baginda seorang pemimpin, seorang suami dan seorang ayah yang sangat bijak dalam membahagi masanya.. Sempat baginda berlumba lari dengan isterinya, sempat juga meluangkan masa bersama anak-anaknya... Kita bagaimana ya? Baginda juga seperti kita punya 24 jam untuk melakukan aktiviti sehariannya, namun baginda tak pernah mengeluh.. Punyalah hebat perjuangan  baginda dan para sahabat untuk meluaskan agama Islam sehinggakan ianya dianut oleh manusia di dunia.. Hebat kan! Kita bagaimana ya?

ternyata sifat kita dengan Rasulullah itu beza sedikit..
Rasulullah sikit tidur, kita sikit-sikit tidur..
Rasulullah sikit makan, kita sikit-sikit makan..
Rasulullah sikit marah, kita sikit-sikit marah..
Rasulullah sikit bergurau, kita sikit-sikit bergurau..
Rasulullah sikit-sikit beramal, kita sikit amalnya..
Semoga kita boleh mengejar perbezaan yang sikit itu..

Maka, aku ingin juga menjadi seperti baginda.. Aku ingin berbakti pada agama.. Hidup ini ibarat persinggahan sebelum tibanya detik kematian.. Jom, kita ubah diri kita agar menjadi lebih baik...



No comments:

Post a Comment