Friday 8 July 2011

Pengisian Ramadhan..


Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi kalam suci itu kututurkan agar ia bisa menggapai hatimu..
Seperti biasalah, ya saudaraku.. Apa khabar iman dan takwamu? Semakin bertambah atau lemah? 
Mungkin ada yang sudah tersenyum simpul membaca tajuk yang saya highlightkan kali ini.. Sudah tentu tentang kedatangan ramadhan..Bersediakah kita menghadapinya? Terukir senyuman di bibir saya apabila terkenang saat pertama saya berpuasa, 5 tahun.. Rupanya, semakin besar semakin liat berpuasa..  Betul kan? Ketika kecil saya, yang tidak mengenal hikmah berpuasa akan gembira menanti bulan ramdhan kerana syawal sedang menunggu.. (Hemm, fikiran budak, biasalah tu..) Tapi kini, baru saya mengerti mengapa hamba-hamba Allah seperti kita tertunggu-tunggu ketibaan ramadhan.. Ada yang special rupanya..  Baiklah, saya mulakan dengan menyertakan..


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183) (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)


Hemm..Rasanya macam sudah tiada ruang untuk mencelah.. Sudah terang lagi bersuluh, Allah sudah sediakan semuanya dalam Al-Quran.. Jadi saya kemukakan pula dalam erti ramadhan dalam novel kegemaran saya : Sinergi.. Baca ya! (>0<)..


'Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehat yang menyediakan kita peluang untuk mengambil bekalan rohani. Paling penting, sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan.. Kewujudan ramadhan adalah pengisytiharan kepada kepentingan takwa.. Takwa diangkat sedemikian penting kerana dengan kewujudan takwalah membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah swt.. Takwa itu adalah kunci ketaatan kepada Allah.. Takwa itu adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa jua larangan Allah.. Ia diibaratkan seperti perbuatan menyingsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri.. Dengan adanya takwa barulah manusia dapat menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya..'


Begitulah al-kisahnya.. Jadi apa yang dapat saya coretkan kali ini bukan ilham dari saya.. Saya sekadar berkongsi dengan anda. Ini baru buah fikiran saya:
Bulan ramadhan itu dimeriahkan lagi dengan solat tarawih pada malam hari, dan kesungguhan untuk mencari malam lailatul-qadar iaitu sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan.. Kita diberi peluang oleh Allah untuk beribadah tanpa gangguan syaitan akibat dirantai tetapi masih ditemani nafsu yang sukar dikawal..
Semoga keimanan yang akhirnya mencambahkan ketakwaan akan tumbuh di dalam hati kita.. Sama-sama kita mengubah diri ke arah yang lebih baik.. Jom jadikan ramadhan tahun ini lebih bererti kerana ramadhan tahun hadapan belum tentu lagi sama ada kita sempat melaluinya atau tidak.. 
Baiklah, setakat ini dahulu ya! Mata sudah berat, mental dan fizikal mahu rehat.. 
'Bulan ramadhan perlu dinikmati bukannya mengeluh menanti syawal..'





No comments:

Post a Comment